Sejarah Persijap Jepara

Pada tahun 1930-an di Jepara, lahir dua kelab bola sepak ditubuhkan oleh Belanda iaitu Y.V.C (Yapara Voedbal Club) dan Alsides. Ini boleh diaktakan bahawa, sejarah bola sepak Jepara sudah berakar sejak penjajahan Belanda. Dalam masa yang singkat, bola sepak Jepara menjadi sukan rakyat. Di setiap pelosok desa bola sepak dimainkan. Setelah kekalahan Belanda dan bermula penjajahan Jepun, dua kelab tersebut akhirnya dibubarkan. Tetapi sebagai sukan rakyat, bola sepak semakin terus berkembang. Melihat perkembangan bola sepak di Jepara, bupati Jepara Sahlan Ridwan (1954) ingi membentuk sebuah kesebelasan milik Kabupaten Jepara. Idea ini dikukhkan lagi dengan perkembahan banyak kelab ditubuhkan. Kemudian, pada tarikh 11 April 1954 pasukan ini ditubuhkan.